🔍

Astro AWANI Channel

👁 9
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Dewasa 18+ Telegram

Channel telegram rasmi Astro AWANI… Ikuti kami di grid.astroawani.com

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

71,730Subscribers
2,281Posts
63.1KPhotos
1.89KVideos
184KLinks
58Files

Latest Telegram Posts

Astro AWANI Channel
10 Aug, 12:03
Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tangki penyimpanan air di Kuala Langat Power Plant, Kuala Langat, Ahad malam.

Mangsa, Farhan Syazwan, 34 tahun, merupakan pekerja kontrak yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi berkenaan ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa ketika kejadian sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi menggantikan kayu di menara penyejuk (coolant tower) bersama seorang rakan sekerja.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-maut-terjatuh-dalam-tangki-penyimpanan-air-di-kuala-langat

#AWANInews
Astro AWANI Channel
10 Aug, 09:30
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ibrahim-jalani-pemeriksaan-dan-prosedur-perubatan-dipantau-selama-dua-hari

#AWANInews
Astro AWANI Channel
10 Aug, 09:05
Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) digesa membantu kerajaan negeri melahirkan lebih ramai tenaga pakar bertaraf dunia dalam ekonomi digital dan teknologi baharu bagi memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai pemain ekonomi global.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kepimpinan pertubuhan belia itu perlu membuka lebih banyak peluang kepada ahli berpotensi menerusi program pembangunan belia, khususnya dalam bidang teknologi dan industri masa depan.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-politik/abang-johari-gesa-saberkasbantu-lahir-tenaga-pakar-bertaraf-dunia
Astro AWANI Channel
10 Aug, 09:04
Hari ini 219 tahun yang lalu, Kota A Famosa mula dihancurkan oleh British.

A Famosa adalah kubu pertahanan Portugis yang dibina selepas mereka menawan Melaka pada 1511. Ia rosak teruk ketika serangan Belanda lebih seabad kemudian. Strukturnya dibaik pulih dan diperkukuhkan Belanda selepas berjaya menakluk Melaka.

Bahagian lain kota itu termasuk hospital, stor simpanan beras, peluru & persenjataan, penempatan kapten, kuarters pegawai, serta rumah penduduk. Pada sekitar 1586, sambungan dibina bagi menampung populasi penduduk kota tersebut yang berkembang.

Bila Belanda menyerahkan Melaka kepada British pada 1795 untuk elakkan ia jatuh ke tangan Perancis, British merasakan kota itu tiada kepentingan buat mereka lantas hadir cadangan merobohkannya daripada Leftenan-Gabenor P.Pinang, Robert Farquhar.

Alasannya, penyelenggaraan & pertahanan kota itu perlu dikecilkan bagi membantu kos memajukan P.Pinang yang menjadi pusat pentadbiran utamanya di Tanah Melayu. Maka semua penduduk kota dipindahkan ke P.Pinang & kerja-kerja perobohan dimulakan.

Ketika kerja-kerja perobohan berjalan & hampir keseluruhan struktur kota dimusnahkan di bawah seliaan Residen British Melaka William Farquhar, pengasas Singapura Stamford Raffles datang ke Melaka & merasakan perobohan itu tak patut dilakukan.

Maka Raffles mengurus surat kepada pejabat British di P.Pinang & India menyatakan ketidakwajaran perobohan A Famosa, atas beberapa sebab antaranya pengabaian Melaka hanya akan merugikan British & kota itu punyai nilai sejarah yang wajar dipelihara.

Cadangan Raffles diterima & perobohan dihentikan. Namun hanya gereja di atas bukit (Gereja St. Paul) & sebuah pintu kota (Porta de Santiago) terselamat, yang masih berdiri & dapat dilihat hingga hari ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
Astro AWANI Channel
10 Aug, 09:04
Astro AWANI Channel
10 Aug, 08:31
Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergema dengan aksi sengit apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 ketika menentang Chelsea dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.

Meskipun berdepan barisan Chelsea yang banyak menampilkan pemain muda selepas kebanyakan tonggak utama tidak diturunkan dalam aksi menentang AC Milan semalam, JDT hadir dengan skuad utama.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini-malaysia/jdt-terlepas-kemenangan-gol-sendiri-glauder-selamatkan-maruah-chelsea
Astro AWANI Channel
10 Aug, 07:32
Kerajaan menyasarkan pembinaan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara menjelang 2035 bagi menyediakan kemudahan rekreasi kepada masyarakat setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Mansor Mohamad berkata sebanyak 216 Taman Rekreasi MADANI telah dibina hingga 2025 manakala 100 lagi sedang dalam proses pembinaan tahun ini.

AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-sasar-bina-1000-taman-rekreasi-madani-menjelang-2035
Astro AWANI Channel
10 Aug, 07:23
Pas mengesahkan akan mengundang pimpinan UMNO hadir ke Muktamar kali ke 72 parti itu di Kelantan yang dijadual bermula 2 hingga 5 September ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan itu dibuat susulan UMNO dilihat sebagai rakan kerjasama politik parti berkenaan.

Menurut beliau, jemputan turut akan diberikan kepada pimpinan sayap UMNO untuk menghadiri Muktamar.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/pimpinan-umno-diundang-ke-muktamar-pas

#AWANInews
Astro AWANI Channel
10 Aug, 07:20
Israel secara rasmi menolak pelan damai Gaza 15 perkara yang diterajui Amerika Syarikat (AS), dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan tentera Israel tidak akan berundur dari Gaza sehingga Hamas dilucutkan senjata sepenuhnya.

Ketika mesyuarat Kabinet Ahad, Netanyahu berkata Israel menolak dokumen yang disokong Presiden AS Donald Trump itu dan akan terus mengambil tindakan terhadap sebarang ancaman keselamatan.

Beliau turut menegaskan bahawa Israel hanya akan menerima pelucutan senjata secara menyeluruh, termasuk senjata ringan yang dimiliki Hamas.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-tolak-pelan-damai-gaza-disokong-trump-palestin-tuduh-netanyahu-lengahkan-rundingan

#AWANInews
Astro AWANI Channel
10 Aug, 07:01
Kedutaan Palestin di Malaysia memuji dan menghargai penegasan terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak akan membenarkan wilayahnya digunakan sebagai laluan transit bagi perdagangan yang menuju ke Israel.

Dalam satu kenyataan, kedutaan berkata Palestin melihat pendirian berkenaan sebagai satu lagi bukti sokongan berterusan Malaysia terhadap rakyat Palestin dan hak nasional mereka yang sah, selain komitmen negara terhadap keadilan, undang-undang antarabangsa serta prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/palestin-puji-ketegasan-malaysia-tolak-jadi-laluan-transit-dagangan-ke-israel
Astro AWANI Channel
10 Aug, 06:03
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu terus diberi sokongan dalam melaksanakan peranan sebagai bapa, khususnya bagi mengimbangi tuntutan tugas mempertahankan negara dengan tanggungjawab terhadap keluarga, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata sokongan itu penting memandangkan tuntutan tugas anggota ATM ada kalanya memerlukan mereka berjauhan daripada anak-anak dan keluarga untuk tempoh tertentu.

#AWANInews
Baca lanjut di : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peranan-bapa-dalam-kalangan-anggota-atm-perlu-terus-diperkasa-dr-wan-azizah
Astro AWANI Channel
10 Aug, 00:04
Ini antara aksi di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Juara Dunia Kelab FIFA, Chelsea berakhir seri 3-3 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang berlangsung pada Ahad.

📸 : FOTO Astro / @azrul_rafie

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 14:30
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Persandingan anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan pasangan Christopher Lionel Froggatt di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.

Turut berangkat mengiringi baginda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama paduka kekanda dan adinda serta kerabat bergelar.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-pahang-berangkat-ke-istiadat-persandingan-tengku-puteri-ilyana-pasangan

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 14:16
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu bagi memperkuat pasukan menjelang musim baharu yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selepas beberapa spekulasi di media sosial sebelum ini, akhirnya Gabriel Palmero sah menjadi milik Harimau Selatan. Sebelum ini timbul persoalan dakwaan pemain kelahiran Sepanyol itu berlatih bersama JDT sebelum disahkan sendiri oleh kelab berkenaan.

Pertahanan berusia 24 tahun itu sebelum ini bergabung dengan Kuching City pada musim lalu sebelum kedua-dua pihak mengambil langkah penamatan kontrak secara bersama.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan-terkini/gabriel-palmero-sah-milik-jdt

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 13:33
Turkiye menegaskan pakatan pertahanan tiga hala yang baharu dimeterai bersama Arab Saudi dan Pakistan tidak ditujukan kepada Iran atau mana-mana negara lain.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata, Perjanjian Pertahanan Bersama Mekah tidak menyenaraikan Iran sebagai ancaman bersama dan tidak diwujudkan untuk menyasarkan mana-mana pihak.

Perjanjian itu ditandatangani pada Jumaat oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/turkiye-nafi-pakatan-pertahanan-mekah-sasar-iran

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 13:03
Media kerajaan Iran menyiarkan sebuah video tanpa tarikh yang memaparkan Pemimpin Tertinggi Iran, Mohammad Mojtaba Khamenei, buat kali pertama sejak beliau dilantik memegang jawatan itu pada Mac lalu selepas bapanya, Ali Khamenei, terbunuh pada permulaan perang Iran.

Sejak pelantikannya, Mojtaba belum pernah muncul di khalayak ramai dan hanya menyampaikan mesej kepada rakyat menerusi kenyataan yang disiarkan media kerajaan.

Rakaman terbaharu itu menunjukkan beliau menyampaikan kuliah kepada sekumpulan individu dan dipercayai dirakam sebelum tercetusnya perang.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/media-kerajaan-iran-kongsi-video-lama-pemimpin-tertinggi-ketika-spekulasi-kesihatan-terus-memuncak

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 12:05
Taufan Dolphin melanda wilayah Okinawa di selatan Jepun pada Sabtu, menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada puluhan ribu premis dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang, ketika China meningkatkan langkah berjaga-jaga menjelang ketibaan ribut berkenaan di pantai timurnya.

Agensi Meteorologi Jepun mengklasifikasikan Dolphin sebagai taufan “sangat kuat” dengan kelajuan angin maksimum mencecah 162 kilometer sejam, selain memberi amaran mengenai ombak besar, ribut pasang surut dan sambaran petir.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/taufan-dolphin-landa-okinawa-china-bersiap-sedia-hadapi-impak-ribut

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 12:04
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selaku Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) menzahirkan dukacita atas pemergian bayi pertama dilahirkan menerusi inisiatif TAFF, Jaden Samuel Desen.

Menurut hantaran Facebook Kesultanan Pahang mendiang Jaden yang meninggal dunia pada usia 20 tahun pada Sabtu ialah 'cucu pertama' baginda yang mendapat tempat istimewa dalam sejarah TAFF selepas dilahirkan hasil rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tunku-azizah-dukacita-atas-pemergian-bayi-pertama-taff

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 11:58
Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) akan mengumpulkan data biometrik dan maklumat identiti pelarian yang lebih tepat, lengkap serta boleh disahkan.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/

#AWANInews
Astro AWANI Channel
09 Aug, 11:39
Saluran berita Astro AWANI sekali lagi mencipta kejayaan apabila merangkul Anugerah Program Media Pelancongan Terbaik (Best Tourism Media Program) pada Anugerah Industri Pelancongan 2026 (TIA26), sekali gus mengekalkan kemenangan bagi tahun ketiga berturut-turut.

Pengiktirafan itu mengukuhkan peranan Astro AWANI dalam mengetengahkan destinasi, produk serta perkembangan industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

TIA26 dianjurkan Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) dan Santai Travel dengan kerjasama Tourism Selangor, sebagai platform mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan sumbangan pemain industri pelancongan negara.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-tahun-berturut-turut-astro-awani-ungguli-program-media-pelancongan-terbaik

#AWANInews

Related Groups