🔍

BERITAmediacorp Channel

👁 10
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Filem & Drama Telegram

Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

1,981Subscribers
346Posts
8.57KPhotos
1.13KVideos
6.63KLinks
0Files

Latest Telegram Posts

BERITAmediacorp Channel
10 Aug, 10:46
Cuaca kering dijangka berterusan minggu ini, sekali gus meningkatkan risiko jerebu di Singapura sekiranya kebakaran di rantau ini berterusan.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam mencecah 81 di kawasan tengah Singapura pada jam 1.00 tengah hari semalam (9 Ogos).

NEA menjelaskan bahawa cuaca kering sejak kebelakangan ini telah memburukkan lagi keadaan titik panas, dengan titik panas dan kepulan asap dikesan di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/cuaca-kering-dijangka-berterusan-minggu-depan-risiko-jerebu-di-sg-boleh-meningkat-nea-1058586
BERITAmediacorp Channel
07 Aug, 17:50
Seorang lelaki berusia 27 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (7 Ogos) atas kesalahan menghina agama orang lain, selepas didakwa memuat naik video mengandungi kenyataan menghina dan kesat terhadap masyarakat Islam di Singapura.

Menurut polis, lelaki itu ditangkap pada Khamis (6 Ogos) sebaik tiba di Singapura selepas diusir dari Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia.

Lelaki itu sedang membantu siasatan berhubung video tular berasingan yang menunjukkan seseorang memijak al-Quran di atas sebuah bas awam.

Jika disabit kesalahan menghina agama orang lain, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/lelaki-dikaitkan-dengan-video-pijak-al-quran-diberkas-atas-kes-berasingan-hina-umat-islam-1057826
BERITAmediacorp Channel
07 Aug, 17:24
Lebih 300 kes dadah direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan purata sekurang-kurangnya dua kes sehari.

Sindiket-sindiket penyeludupan rentas sempadan didapati terus mengeksploitasi hab penerbangan utama itu dan merekrut keldai dadah daripada pelbagai kewarganegaraan.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/dunia/lapangan-terbang-soekarno-hatta-rekod-lebih-300-kes-dadah-tahun-ini-1058011
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 20:31
Tinjauan terbaharu Kementerian Pendidikan (MOE) mendapati pelajar terbabit mendapat purata masa tidur sekitar tujuh jam pada hari persekolahan.

Namun, jumlah tersebut masih kurang berbanding tempoh sembilan hingga 11 jam yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun, dan lapan hingga 10 jam bagi remaja berumur 14 hingga 17 tahun.

Beberapa langkah sudah dilaksanakan, termasuk
sekolah-sekolah mengajar pelajar amalan tidur yang sihat serta peranti pembelajaran peribadi bagi pelajar sekolah menengah yang ditetapkan untuk memasuki mod tidur pada pukul 10.30 malam secara automatik sejak Januari.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/murid-darjah-5-pelajar-menengah-3-dapat-tidur-15-minit-lebih-lama-pada-2025-berbanding-2023-1057751 
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 18:52
Pusat Sukan Queenstown yang baru diubah elok akan dibuka semula secara rasmi pada Sabtu (8 Ogos) selepas menjalani kerja-kerja pembangunan semula selama tiga tahun.

Kemudahan yang dinaik taraf ini direka untuk berkhidmat kepada masyarakat awam dan juga atlet berprestasi tinggi, dengan ruang-ruang baharu yang memenuhi keperluan pelbagai peringkat penyertaan sukan.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/sukan/pusat-sukan-queenstown-dibuka-semula-8-ogos-dengan-kemudahan-dinaik-taraf-1057726
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 18:33
Pen dakwat Montblanc Meisterstuck No. 146 yang pernah dimiliki Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew kini dilelong, dengan bidaan tertinggi mencecah S$41,000 setakat ini.

Orang ramai yang berminat boleh melihat pen milik mendiang Encik Lee di bilik pameran Hotlotz di Bukit Merah.

Bidaan akan ditutup pada 16 Ogos 2026, pukul 6.00 petang. 

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pen-milik-mendiang-lee-kuan-yew-dilelong-bidaan-tertinggi-cecah-s41000-1057711 
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 17:53
Kedai-kedai sewa basikal tradisional di Singapura semakin tertekan sedang khidmat sewa basikal terus berkembang. Pengendali melaporkan permintaan merosot apabila khidmat sewa basikal menawarkan harga lebih murah dan lebih banyak kemudahan.

Pakar berpendapat pengendali perlu berinovasi dan mempelbagaikan sumber pendapatan untuk terus bertahan.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/kedai-sewa-basikal-sg-tawar-harga-langgan-lebih-rendah-pelbagaikan-khidmat-untuk-terus-bersaing-1057611
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 16:26
🎆 Tahun ini, pertunjukan bunga api utama akan dilancarkan dari pentas terapung di Kallang Basin, bersebelahan Stadium Negara.

Pertunjukan bunga api berskala kecil biasanya bermula sekitar 7.30 malam, manakala pertunjukan utama dijangka berlangsung sekitar 8.10 malam.
BERITAmediacorp Channel
06 Aug, 15:45
Pelakon veteran Malaysia dengan nama komersial Kamarool Yusoff, yang lebih dikenali sebagai Cik Man, meninggal dunia pada Rabu (5 Ogos) pada usia 68 tahun.

Almarhum 'Cik Man' atau nama sebenarnya Kamarozaman Yusoff, dikenali menerusi lakonannya dalam beberapa filem Melayu popular, termasuk 'Gila-Gila Remaja' pada 1986 dan 'Rock'.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/hiburan/pelakon-veteran-malaysia-cik-man-meninggal-dunia-pada-usia-68-tahun-1057661
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 19:39
Tiga produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang adalah B Solution Honey (Liquid), Jus Tuan Haji 1921 dan Shaio-Ge Xian Li 365 S1 Botanical Beverage Mix Barley Seedling Powder.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk berkenaan supaya tidak memakannya dan mendapatkan nasihat perubatan jika mempunyai kebimbangan mengenai kesihatan mereka.
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 18:13
Dr Janil Puthucheary sedia maklum sesetengah calon mungkin berasa "amat tertekan" akibat insiden pada 15 Jul di mana soalan ujian lisan GCE 'O' yang dipaparkan dikatakan berbeza daripada yang dibacakan.

Lantaran itu, pihak sekolah sedang membantu calon-calon yang terjejas mendapatkan pertimbangan khas, iaitu satu proses yang menyemak semula gred muktamad mereka.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/tiada-unsur-teknikal-atau-sabotaj-selepas-percanggahan-dilapor-dalam-peperiksaan-lisan-gce-o-moe-1057291
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 16:44
Tidak lama lagi, anda boleh bayar caj letak kenderaan tepi jalan hanya menggunakan OBU 🚙

Sekitar 1,000 pemandu sudah diberi akses awal kepada ciri ini sebagai sebahagian daripada ujian yang bermula pada Isnin (3 Ogos).

Tarikh pelancaran kepada orang ramai masih belum diumumkan. Namun, berikut panduan yang boleh anda rujuk apabila ciri ini diperkenalkan nanti.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/erp-2-ujian-tempat-letak-kereta-elektronik-tepi-jalan-bermula-di-644-lokasi-1057206
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 14:51
Penumpang yang ingin menyimpan beg dalam kompartmen simpanan atas penerbangan Jetstar perlu membayar caj tambahan mulai Februari tahun depan.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun akan membenarkan setiap penumpang membawa satu beg yang boleh disimpan di bawah tempat duduk, tanpa sebarang caj.

Namun, bagi beg yang lebih besar, penumpang mungkin dikenakan bayaran antara A$25 (S$23) dengan A$52 (S$47) bagi setiap penerbangan, bergantung pada laluan.
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 11:25
Gantri pengecaman wajah sedang diuji di stesen MRT Punggol Coast.

Namun, ujian itu hanya melibatkan pegawai sektor awam, jelas LTA pada Selasa (4 Ogos).

"Profil wajah peserta dikaitkan dengan kad SimplyGo masing-masing untuk membolehkan mereka keluar masuk stesen MRT Punggol Coast menerusi pengimbasan wajah," kata jurucakap LTA.
BERITAmediacorp Channel
05 Aug, 10:37
Satu lagi restoran yang sudah lama bertapak di Arab Street bakal menamatkan operasi.

Fika Swedish Cafe and Bistro mengumumkan menerusi Instagram pada Selasa (4 Ogos) bahawa ia akan menamatkan operasinya pada 14 Ogos ini, selepas 17 tahun beroperasi di Arab Street.

Menurut Fika, pihaknya kini akan memberi tumpuan kepada pengembangan jenama Konditori pula.
BERITAmediacorp Channel
04 Aug, 14:50
Trend ini tercetus apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja memuat naik gambarnya ke akaun Instagram sebuah jenama fesyen Arab Saudi, sekali gus mencetuskan trend yang tular di seluruh dunia.

Kini, trend itu turut sampai ke Singapura apabila beberapa akaun Instagram agensi pemerintah dan pertubuhan Melayu/Islam seperti MUIS dan MENDAKI berkongsi gambar seolah-olah dimuat naik oleh si cilik.
BERITAmediacorp Channel
04 Aug, 11:44
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad pada Selasa (4 Ogos) mengumumkan dua pelantikan baharu dalam kepimpinan kanan MUIS.

Cik Faizah Ahmad Barazy dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif dan sudah mula berkhidmat sejak Sabtu (1 Ogos). Beliau mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang dasar awam, kerjasama dengan pihak berkepentingan dan penyelarasan antara agensi.

Sementara itu, bekas Pengarah Pengurusan Risiko dan Jaminan Perkhidmatan Penjara Singapura, Cik Rafidah Suparman, akan menyandang jawatan Penolong Ketua Eksekutif mulai 1 Oktober 2026.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/dua-pegawai-kanan-wanita-dilantik-ke-dalam-pucuk-pimpinan-muis-1056941
BERITAmediacorp Channel
02 Aug, 19:36
Skim perintis AVS bagi penjaga sementara kucing di Singapura akan dilaksanakan bermula esok (3 Ogos).

Di bawah skim selama dua tahun ini, penjaga sementara yang diluluskan dibenarkan menjaga sehingga enam ekor kucing di flat HDB (tiga bilik atau lebih besar) dan sehingga 10 ekor di premis privet.

Related Groups