🚨 IBU BAPA TAHUN 6, INILAH TARIKH-TARIKH YANG WAJIB ADA DALAM KALENDAR ANDA!Ramai hanya menunggu permohonan SBP, MRSM dan SMKA dibuka. Sedangkan terdapat pelbagai lagi laluan kemasukan ke Tingkatan 1 yang boleh menjadi pilihan terbaik untuk anak.
🗓 TARIKH RASMI YANG TELAH DISAHKAN✅ Kolej Yayasan Saad Melaka
2 Jun – 14 September 2026
✅ Sekolah Seni Malaysia
30 Jun – 30 Ogos 2026
✅ SBP • SMKA • MRSM
10 Julai – 14 Ogos 2026
📌 TARIKH JANGKAAN BERDASARKAN JADUAL PERMOHONAN SESI LEPAS🔹 SM Imtiaz Ulul Albab Melaka
Ogos 2026
🔹 SM Agama Negeri
Ogos / September / Oktober 2026
🔹 SM Imtiaz Yayasan Terengganu
September 2026
🔹 Maahad Tahfiz Negeri Pahang
September 2026
🔹 SABK
September – November 2026
🔹 Kelas Aliran Agama (KAA) / Kelas Seliaan Negeri
Oktober – November 2026
🔹 SMK Feeder School
November 2026
🔹 Sekolah Sukan Negeri / Sekolah Sukan Malaysia
Ambilan Januari & Julai setiap tahun
⚠️ Penting: Semua tarikh bertanda JANGKAAN di atas adalah berdasarkan pola dan jadual permohonan sesi terdahulu. Tarikh sebenar tertakluk kepada pengumuman rasmi pihak penganjur, JPN, PBAN atau institusi berkaitan.
😱 Jangan tunggu sehingga permohonan dibuka baru hendak mencari maklumat.
Ketika itu:❌ Sijil kokurikulum belum disusun.
❌ Pilihan sekolah masih belum dibuat.
❌ Persediaan PKSK masih belum bermula.
❌ Tarikh penting sudah semakin hampir.
🎯 Gunakan tempoh ini untuk merancang strategi anak.
🎯 Kenal pasti sekolah sasaran.
🎯 Fahami syarat kemasukan.
🎯 Mulakan persediaan akademik dan PKSK dari sekarang.
📆 Tahun 2027 mungkin nampak jauh, tetapi hakikatnya musim permohonan akan bermula seawal Jun 2026.
🔥 Yang membuat persediaan awal akan mempunyai lebih banyak pilihan.
🔥 Yang menunggu saat akhir mungkin terlepas peluang yang diimpikan.
Semoga memberi manfaat.
Sekian - Cg Mrz
🎁🎁🎁🎁🎁
🔖 WhatsApp 🔵 Telegraml