🔍

DBPMalaysia Channel

👁 19
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Filem & Drama Telegram

Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. [+] Info prpm.dbp.gov.my kndbp.dbp.gov.my lamanweb.dbp.gov.my www.facebook.com/DBPMalaysia twitter.com/DBPMalaysia www.instagram.com/dbpmalaysia www.youtube.com/@DBPMalaysia tiktok.com/@dbpmalaysia

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

24,041Subscribers
264Posts
9.09KPhotos
268Videos
2.65KLinks
28Files

Latest Telegram Posts

DBPMalaysia Channel
10 Aug, 09:54
🇲🇾 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐋𝐀𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Ayuh, semarakkan jiwa patriotik dan cinta akan tanah air melalui bait-bait sajak yang penuh makna! 🎙️ Sertai Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan 2026 dan tampilkan bakat, penghayatan serta semangat merdeka anda dalam menyuarakan erti kebebasan, perpaduan dan Malaysia tercinta. ❤️🇲🇾

Ayuh, semarakkan merdeka!
📢 Jangan lepaskan peluang — sertai sekarang dan jadilah suara kemerdekaan!

#BahasaJiwaBangsa
DBPMalaysia Channel
08 Aug, 17:17
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Mohamed Eusoff Chin, mantan Ketua Hakim Negara.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi saat duka.
DBPMalaysia Channel
07 Aug, 16:26
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meneruskan pelaksanaan Audit Bahasa Melayu 2026 di Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2026. MBDK merupakan jabatan ketujuh yang telah selesai diaudit pada tahun ini. Program Audit Bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan DBP untuk memartabatkan dan memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa negara.

Tahniah diucapkan kepada MBDK yang telah memperoleh Aras 5 (Sangat Baik) untuk Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dan Aras 4 (Baik) untuk Mutu Bahasa Melayu.

Terima kasih MBDK kerana bersama-sama DBP dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
DBPMalaysia Channel
07 Aug, 11:37
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perkamusan akan mengadakan program 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐭𝐚 yang bertajuk "𝑩𝒂𝒈𝒖𝒆𝒕𝒕𝒆 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐭𝐢 𝐂𝐚𝐧𝐚𝐢, 𝐃𝐮𝐚 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚" pada 𝟏𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧), 𝟏𝟎.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 di 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐀𝐫𝐚𝐬 𝟑𝟏, 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐁𝐏. Program ini boleh diikuti secara langsung melalui laman Facebook DBP.

Ayuh, bersama-sama menyelami kisah di sebalik kata dan budaya!

#BahasaJiwaBangsa
#BicaraKata
DBPMalaysia Channel
07 Aug, 11:06
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮

Merafak Sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-16 yang telah berlangsung pada hari ini di M Resort Hotel, Kuala Lumpur.

Pada majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan ASN Ke-16 kepada Allahyarham Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana), dan diterima oleh isteri Allahyarham, Puan Salmah Ali.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YBhg. Dato' Wan Hashim Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka; YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; serta YBhg. Datuk Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daulat Tuanku.
DBPMalaysia Channel
06 Aug, 13:32
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐈𝐋𝐌𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Urus Setia Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) dengan kerjasama Akademi DBP akan mengadakan Kursus Penulisan Buku Ilmiah pada 10 hingga 11 Ogos 2026 di Bilik Latihan 6 dan 7, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Penyertaan percuma dan terhad kepada 40 orang peserta terawal sahaja. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#KursusAkademiDBP
DBPMalaysia Channel
06 Aug, 10:20
Jangan lupa untuk mengikuti sesi perkongsian oleh Puan Zaharahanum binti Kamarudin, Perancang Bahasa, Bahagian Buku Sastera melalui rancangan bual santai Cakna Bahasa pada 6 Ogos 2026 (Khamis), pukul 12.15 tengah hari di BERNAMA Radio.

Anda juga boleh tonton siaran langsung melalui Facebook DBPMalaysia dan Facebook BERNAMA Radio.

Topik:
MENGINTAI DUNIA LUAR DARI JENDELA KARYA TERJEMAHAN DBP

#DewanBahasadanPustaka
#BERNAMARadio
DBPMalaysia Channel
05 Aug, 11:15
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐊𝐑𝐈𝐏 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐘𝐔 𝐃𝐁𝐏 – 𝐒𝐎𝐀𝐒

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan telah mengadakan sesi perbincangan bersama Dr. Mulaika Hijjas dari School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London pada 4 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat A. Kadir Adabi, Menara DBP.

Dr. Mulaika Hijjas merupakan pensyarah kanan, penyelidik dan sarjana dalam bidang sastera Melayu dan manuskrip Melayu di SOAS. Beliau berkongsi pengalaman penyelidikannya serta menerangkan fokus penyelidikan semasa melalui projek Mapping Sumatra’s Manuscript Culture yang meneliti budaya manuskrip Melayu di Sumatera.

Perbincangan tersebut yang dipengerusikan oleh Saifullizan Yahaya, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera memfokuskan pembangunan kapasiti penyelidik muda melalui cadangan latihan paleografi Jawi dan filologi Melayu, bimbingan penyelidikan manuskrip, serta pengukuhan jaringan penyelidik manuskrip di peringkat antarabangsa.

#bahasajiwabangsa
DBPMalaysia Channel
05 Aug, 10:13
Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mendoakan kesembuhan dan keselamatan buat YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
DBPMalaysia Channel
04 Aug, 15:42
Adakah anda ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)? Anda minat membaca? Anda kreatif dalam menghasilkan reka bentuk sesebuah infografik? Jika ya, inilah peluang anda untuk menggabungkan kedua-duanya!

Ayuh, sertai Pertandingan Mencipta Poster Infografik Bahan Bacaan daripada Karya Sastera bersempena Dekad Membaca Kebangsaan 2026 Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Jangan lepaskan peluang menarik ini!

Untuk maklumat lanjut tentang syarat penyertaan, sila tekan pada pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/u/2/folders/1cpQH-s2h3V_yuSMsffy2UJchnr5mdtwr

#DewanBahasadanPustaka
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
DBPMalaysia Channel
04 Aug, 13:16
Kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan penuh takzim mempersilakan tuan/puan untuk bersama-sama mengikuti Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-16 yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 6 Ogos 2026 (Khamis), pukul 2.30 petang secara langsung melalui media sosial DBP. Majlis ini merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada tokoh sastera yang telah memberikan sumbangan cemerlang dan berterusan dalam memartabatkan serta memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu.

#ASNke-16
#anugerahsasteranegara
#bahasajiwabangsa
DBPMalaysia Channel
04 Aug, 08:39
Ayuh, sertai Sayembara Pantun MADANI antara Kementerian Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2026!

📣 Penyertaan adalah secara berpasukan dan terbuka kepada semua penjawat awam.

Hadiah lumayan menanti para pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan kreativiti, semangat berpasukan serta kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan.

Daftarkan pasukan anda sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan seperti yang berikut:

📲 https://forms.gle/rryCMHh4qSv5XPUU9

#BahasaJiwaBangsa
#SayembaraPantunMADANIAntaraKementerian
#DekadBahasaKebangsaan
#RestuJiwaPahlawan
DBPMalaysia Channel
03 Aug, 13:22
𝑷𝒆𝒓𝒊𝒃𝒂𝒉𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊

#Peribahasa
#BahasaJiwaBangsa
DBPMalaysia Channel
03 Aug, 13:18
𝑷𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊

#Pantun
#BahasaJiwaBangsa
DBPMalaysia Channel
03 Aug, 10:00
𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐃𝐁𝐏

LIMA PROJEK PENYELIDIKAN DIPILIH MENERIMA GERAN PENYELIDIKAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TAHUN 2026

Related Groups