🔍

Info Utara Channel

👁 15
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Kawan & Komuniti Telegram

You can view and join @infoutara right away.

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

12,546Subscribers
43Posts
23.1KPhotos
687Videos
3.25KLinks
2Files

Latest Telegram Posts

Info Utara Channel
11 May, 17:57
Tahajud Untuk Hati Yang Dah Penat Sangat Dengan Hidup
🌙 Jangan tunggu jadi sempurna baru nak mula tahajud.
Kadang-kadang, waktu hati paling hancur itulah waktu paling dekat dengan Allah. Kita tak perlu jadi alim dulu, tak perlu tunggu hidup tenang dulu, tak perlu tunggu semua dosa habis baru nak sujud. Datang saja pada Allah dengan hati yang penat itu. Allah tak pandang kita sempurna atau tidak, tapi Allah pandang usaha kita yang masih mahu mencari-Nya walaupun dalam keadaan lemah.
1️⃣ Paksa diri untuk bangun, walaupun berat
Tahajud memang susah pada awalnya. Mata berat, badan penat, hati malas. Tapi kadang-kadang, benda yang paling menyelamatkan kita memang perlukan sedikit “paksaan” pada diri sendiri. Bukan paksa sebab terpaksa… tapi paksa sebab kita tahu hati kita perlukan Allah.
2️⃣ Tak perlu lama, mula dengan dua rakaat pun cukup
Ramai ingat tahajud kena panjang, kena baca banyak surah, kena menangis baru diterima. Sebenarnya tidak. Dua rakaat yang ikhlas, dalam keadaan hati benar-benar berharap pada Allah, itu pun sangat berharga. Yang penting bukan panjangnya solat, tapi hadirnya hati.
3️⃣ Tahajud adalah tempat paling selamat untuk menangis
Ada luka yang manusia tak faham. Ada penat yang susah dijelaskan. Kadang kita pendam terlalu lama sampai hati rasa sesak. Tahajud ni macam tempat kita “rebah” depan Allah. Menangislah, mengadulah, cerita semuanya. Allah tak pernah penat mendengar.
4️⃣ Bila dunia terlalu bising, tahajud beri ketenangan
Siang hari kita sibuk dengan masalah, kerja, manusia, overthinking dan macam-macam tekanan. Tapi waktu malam, bila semua orang tidur, suasana jadi tenang. Di situlah hati lebih mudah rasa dekat dengan Allah. Kadang-kadang ketenangan yang kita cari bukan pada manusia, tapi pada sujud yang lama.
5️⃣ Jangan putus asa kalau selalu gagal bangun
Ada hari kita terlajak tidur. Ada hari kita malas. Ada hari kita rasa jauh sangat dengan Allah. Tapi jangan berhenti cuba. Allah suka hamba yang kembali lagi dan lagi. Walaupun jatuh berkali-kali, tetaplah cuba bangun semula.
6️⃣ Tahajud bukan untuk orang “baik” sahaja
Ramai rasa diri terlalu berdosa untuk bangun tahajud. Hakikatnya, orang berdosalah yang paling perlukan tahajud. Kita semua sedang berjuang dengan diri sendiri. Dan Allah sentiasa buka pintu untuk siapa saja yang mahu kembali.
7️⃣ Kadang jawapan doa bukan terus dapat apa yang diminta
Ada orang bangun tahajud sebab nak rezeki, nak jodoh, nak masalah selesai. Tapi kadang-kadang Allah bagi dulu ketenangan hati, kekuatan jiwa dan sabar untuk menghadapi ujian. Itu juga jawapan doa.
8️⃣ Tahajud mengajar kita berharap hanya pada Allah
Bila terlalu banyak kecewa dengan manusia, tahajud ajar kita bahawa tempat bergantung yang sebenar hanyalah Allah. Manusia boleh tinggalkan kita, tapi Allah tidak pernah tinggalkan hamba yang mencari-Nya.
9️⃣ Hati yang selalu bangun malam akan jadi lebih kuat
Tahajud perlahan-lahan ubah jiwa kita. Kita jadi lebih sabar, lebih tenang, kurang berharap pada manusia dan lebih yakin dengan aturan Allah. Luka mungkin belum hilang sepenuhnya, tapi hati jadi lebih kuat untuk bertahan.
🔟 Kalau hidup terasa terlalu berat… cuba sujud
Kadang kita tak perlukan semua jawapan sekaligus. Kita cuma perlukan satu malam untuk bercakap dengan Allah. Satu sujud yang ikhlas. Satu doa yang lahir dari hati paling dalam.
🌙
Kalau hati dah terlalu penat, jangan jauh dari Allah.
Mungkin dunia tak faham air mata kita, tapi Allah tahu semuanya.
Info Utara Channel
11 May, 17:57
Info Utara Channel
11 Mar, 17:46
Ramadan hampir sampai ke penghujungnya…
Namun pintu rahmat Allah masih terbuka luas.
Inilah malam-malam terakhir yang sangat berharga.
Malam yang di dalamnya tersembunyi Lailatul Qadar — malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Perbanyakkan doa, istighfar, selawat dan ibadah…
Semoga Allah memilih kita untuk merasai keberkatan malam yang mulia itu.
Semoga setiap sujud, setiap doa dan setiap air mata kita di malam Ramadan ini menjadi saksi cinta kita kepada-Nya. 🤍🌙
Info Utara Channel
08 Mar, 18:51
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia, sampai lupa orang yang dulu tak pernah penat menjaga kita.
Waktu kita kecil, emaklah orang yang paling risau kalau kita sakit, lambat balik, atau jatuh. Dia sanggup korbankan apa saja demi melihat anaknya selamat dan bahagia.
Bila emak sudah tua nanti, jangan biarkan dia menunggu kasih sayang yang sama dari anaknya.
Kerana bagi seorang ibu,
anak tetap segalanya…
walaupun kadang anak sudah lupa siapa yang membesarkannya.
Info Utara Channel
06 Mar, 10:53
Nasi Ayam Hainan untuk keluarga berbuka 😋

Follow https://t.me/resepikini

Nasi Ayam (10 Orang Makan)
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air
4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub ayam maggi
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
==============
Taugeh/ Sayur
4 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
3. Masukkan sayur🤣
Hehe selamat mencubaaa..

Follow https://t.me/resepikini


Resepi ni tak perlu garam atau gula ya.

Kredit Nadiah Halim‎

#resepi #resepisimple #resepinasiayam #nasiayamhainan #fyp
Info Utara Channel
04 Mar, 14:42
Sagu Gula Melaka

Follow http://t.me/resepikini

Bahan-bahan & caranya :
1. Masukkan 2 buku gula melaka ke dalam sauce pan, masukkan 2-3 cawan air, masak sehingga gula melaka larut & likat, jangan lupa masukkan daun pandan. Tutupkan api dan ketepikan
2. Didihkan air dalam periuk, masukkan sagu biji, kacau-kacaukan supaya bahagian bawah tidak hangus, kalau tak cukup air boleh tambah
3. Bila nampak sagu dah elok, putih-putih pon dah tak nampak, sikit-sikit tu takpe, tapiskan sagu dan buang lebihan air
4. Masukkan sagu yang telah ditapis ke dalam air gula melaka, kacau-kacaukan supaya sagu & air gula melaka sebati
5. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai, tunggu sejuk dan masukkan dalam peti
6. Time nak makan curahkan susu cair @ santan yang telah dimasak
📷
Sagu gula melaka. Nak makan nanti curahkan susu cair @ santan yang telah dimasak
Cara rebus sagu tak susah. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan sagu.
Kena rajin kacau supaya bahagian bawah tak hangus. Kalau ada putih-putih sikit tu takpe sebab nanti dia akan masak dengan sendirinya.
Lepas tu boleh bilas kalau nak bilas, orang kata bilas untuk buang kanji, lebih baik bilas guna filter water. I tak bilas pon sebab yakin memang dah bersih.
Jangan cuci biji sagu sebelum kite masak sebab nanti dia melarut dalam air hilang dibawa arus 📷 Kalau nak letak dalam bubur manis pon, macam bubur kacang, pengat pisang, bubur jagung, I akan rebus sagu secara berasingan. Ada banyak ni, nanti nak salut dengan kelapa muda parut sikit la 📷
Sukatan sagu:air takde, biar air lebih. Sebab nanti kita akan tapis sagu ni dan buang lebihan air 📷

Follow http://t.me/resepikini

kredit : emy melissa mohd kasim
Info Utara Channel
04 Mar, 14:42

Related Groups