🔍

Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel

👁 17
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Sukan Telegram

Telegram channel Peminat kelab liverpool Malaysia Sumber2 dan berita info diambil dari pelbagai fb page liverpool malaysia Bermint nak jadi admin boleh pm @ordersixty6

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

54Subscribers
17Posts
318Photos
3Videos
30Links
0Files

Latest Telegram Posts

Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
28 Sep, 17:22
MATCHDAY ‼️

🏆 Champions League match #2
⚽️ Porto lwn Liverpool
29 September 2021 | Rabu
📆 03.00 Pagi (Waktu Tok Bali)
🏟 Estadio Do Dragao
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
22 Sep, 12:20
TAKI TUNJUK TARING - APA KATA KLOPP?

"Taki dalam mood yang sangat baik. Saya tahu dia tidak bermain begitu banyak tapi ada ketika tidak bernasib baik itu, dia tercedera, kembali cergas & seperti yang terjadi malam ini. Ia kadang tidak mudah tapi dia pemain yang bagus & dia menikmati perlawanan malam ini. Penting baginya, penting juga buat kami, membantu dia & membantu kami."

"Saya tak pasti jika perkara itu mengecewakan (jarang bermain). Pemain bola mahu bermain, memang jelas & ia tidak selalu berlaku. Dia bersama skuad negaranya & cedera di sana, kembali ke sini & tidak cergas. Pemain lain juga perlukan masa selepas kembali dari kecederaan tapi Taki dalam mood yang sangat baik, berlatih dengan bagus & layak mendapat dua gol."

"Gol pertama, kepekaan yang sangat baik, cepat berfikir, habiskan bola. Gol kedua saya tidak nampak jelas tapi pecut dalam kotak, ruang kecik, sangat bagus."

"Beliau dalam pra musim juga sangat bagus, kemudian memulakan perlawanan, kemudian tercedera & sekarang musim telah bermula. Tiada siapa perlu risau, Taki akan baik-baik sahaja." - Jurgen Klopp
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
22 Sep, 12:19
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
13 Sep, 13:17
TERKEHEL, BUKAN PATAH

Pengurus, Jurgen Klopp mengesahkan pemain mudanya, Harvey Elliott mengalami kecederaan pergelangan kaki terkehel dalam aksi di Elland Road semalam :

"Ia adalah kecederaan yang teruk. Pergelangan kakinya terkehel, pasukan perubatan berjaya betulkan kembali. Sekarang beliau di hospital, jadi kita harus tunggu."

"Dia bermain bagus malam ini, pemain yang hebat. Sekarang dia sudah tercedera. Adakah saya mahu orang muda mengalami pengalaman seperti ini di awal karier? Tidak tapi sekarang ia sudah berlaku & kita harus berada di situ untuknya."

"Kita akan bermain tanpanya tapi kita akan menunggunya. Kerana jelas dia pemain yang sangat-sangat bagus."

"Saya lihat kejadian itu. Saya nampak kesannya serta merta kerana saya boleh lihat kakinya tidak berada di tempat yang betul. Kerana itulah kami semua dia bangku simpanan terkejut."

"Saya ada nampak post instagram yang mana saya suka kerana jika dia yang menghantarnya, bermaksud dia sudah tidak mengalami kesakitan lagi. Jadi ia berita yang baik."
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
13 Sep, 13:17
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
08 Sep, 16:56
🚨 TERKINI

Liverpool mahu menandatangani Jude Bellingham pada musim 2022/23 hadapan yang bernilai £80m. Jurgen klopp telah mensasarkan pemain tersebut sebagai pilihan utama dalam pembelian dan dipercayai liverpool mendahului manchester united dalam perlumbaan menandatanganinya
.

Sumber:
https://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/transfer-news/jude-bellingham-transfer-latest-liverpool-21508468
.

Nota kaki:
Koranng rasa ye ke? Kalau dapat bayangkan duo elliot x jude 🤔
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
08 Sep, 11:29
DI⚽️GO JOT🅰️ 🤝 SADI⚽️ MANE

Jota menjaringkan satu gol dan menyumbang satu assist ketika Portugal mengalahkan Azerbaijan dengan keputusan 3-0 pagi tadi.

Mane pula membantu Senegal menewaskan Congo dengan keputusan 3-1 dengan dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87.

Ini merupakan gol ke-25 dia untuk Senegal, hanya kurang empat gol dari rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Senegal yang dipegang oleh Henri Camara.
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
07 Sep, 07:31
Berlaku rampasan kuasa di negara Guinea. Presiden negara tersebut ditahan dan perintah berkurung dikenakan terhadap semua rakyat disana
.

Pemain liverpool Naby keita yang merupakan warganegara negara tersebut turut terperangkap dalam konflik negara tersebut
.

Kelab liverpool sedang berusaha untuk membawa pulang Naby ke Liverpool dengan selamat memandangkan khidnat beliau sebagai maestro pemain tengah amat ditagih dan perlawanan liga perdana inggeris serta liga juara eropah sudah hampir
.

Wakil Liverpool FC mengesahkan Naby Keita kini dalam keadaan selamat dan dijaga dengan baik di Guinea.
.

Sumber:
https://www.espn.com/soccer/liverpool-engliverpool/story/4469506/liverpool-keen-for-timelysecure-naby-keita-return-after-guinea-coup?platform=amp
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
30 Aug, 17:58
Menurut The Athletic, Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards akan melepaskan jawatannya itu pada hujung musim ini.

Kontrak Edwards akan berakhir pada musim panas depan dan dia dipercayai telah memberitahu Liverpool tentang niatnya untuk 'move on'. #YNWA
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
30 Aug, 13:31
LOW BLOCK ADALAH KRYPTONITE LIVERPOOL

Disebalik defensive art yang ditampilkan Chelsea, Liverpool sekali lagi berdepan musuh lama mereka iati low block. Meskipun berjaya mengatasinya ketika berdepan Norwcich dan Burnley pada 2 perlawanan pertama, tetapi dua situasi nyata berbeza. Kedua pasukan itu mengenakan pressing kepada Liverpool, dimana situasi itu membolehkan Liverpool counterpress mereka dan mendapat ruang.

Berdepan Chelsea, mereka perlu static dan tidak tempted engage dengan pergerakkan Liverpool. Situasi ini nyata menyukarkan Liverpool untuk masuk kedalam box Chelsea. Mo Salah dan Sadio Mane sering kali berdepan dengan traffic of players ketika mencuba masuk kedalam box. Memang sudah menjadi kebiasaan buat inside forward dengan pergerakkan trademark mereka masuk dari luar ke dalam.

Liverpool nyata kekurangan kehadiran pemain di dalam box dengan hanya Diogo Jota sahaja yang hadir dalam box. Kehadiran Jota memberi masalah buat Chelsea, namun tidak memadai kerana Jota berdepan dengan pemain pertahanan yang mempunyai defensive IQ yang tinggi. Liverpool memerlukan seorang lagi pemain untuk hadir dalam box serta menganggu pertahanan Chelsea. Dan sebab ini juga kita melihat Liverpool kerap melakukan reduncancy dalam crossing, meskipun crossing berjaya dilakukan namun target tidak mencukupi untuk menyudahkan crossing sedemikian.

Ramai bakal tergelak besar, tetapi kehadiran Divock Origi juga dilihat mampu membantu Liverpool untuk memecah blok pertahanan. Origi mempunyai susuk fizikal yang bagus untuk sekurang-kurangnya pin pertahanan Chelsea dan mengganggu strukutur pertahanan. Dengan ini, Jota mempu melakukan larian-larian dibelakang pertahanan untuk Jota menerima mana-mana hantaran dari Thiago mahupun Firmino.

Turut diakui juga, kehilangan Roberto Firmino juga menyukarkan lagi untuk Liverpool memecahkan blok pertahanan. Sekiranya Firmino masih ada, adalah sangat yakin bahawa Firmino bakal memberi banyak masalah dalam luring pertahanan Chelsea keluar.

Kombinasi Thiago, Firmino dan Origi mampu sekurang-kurangnya memberi masalah kepada lawan. Origi akan menjadi extra man dalam box Liverpool disamping menekan lawan, Firmino bakal luring pertahanan Chelsea supaya shape mereka terganggu dan membenarkan larian di belakang dapat dilakukan dan Thiago melakukan hantaran celah gigi untuk mencari larian-larian tersebut.

Secara general, Liverpool hanya perlu seorang lagi extra man dalam box untuk benar-benar memberi masalah.

#LFCMalaysia
#takitaki
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
30 Aug, 13:31
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
29 Aug, 20:24
Jurgen Klopp :

"Semua orang fikir bermain menentang 10 orang sangat mudah, ia satu kelebihan dalam penguasaan tetapi struktur bertahan mereka menjadi lebih kuat kerana mereka bertahan lebih ke bawah."

"Musim masih awal. Kami seri dengan pasukan terbaik Eropah musim lalu. Ia bagus, satu permulaan yang baik. Tiga perlawanan, tujuh mata,"

"Kami bermain permainan yang bagus. Saya suka intensiti, saya suka suasana yang kami ciptakan bersama-sama, penyokong di tempat duduk dan pemain di padang."

"Saya tidak tahu bagaimana hasilnya jika 11 menentang 11, tetapi keputusannya 1-1 dan ianya ok."
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
28 Aug, 23:41
Misi memburu 3 mata 💪
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
27 Aug, 21:13
SIDANG MEDIA MENJELANG LIVERPOOL MENENTANG CHELSEA AHAD PAGI JAM 12:30 TARIKH 29/08/2021


🗣️ Temubual Jurgen Klopp menjelang esok:

Saya menjangkakakn permainan yang sangat sukar untuk kedua-dua pasukan. Tidak ada jalan mudah. Kedua dua pasukan sangat lengkap. Ia pasti akan menjadi pertarungan sengit. Ini adalah permainan yang akan saya tonton 100% jika saya tidak terlibat dan permainan yang harus ditonton

.

🗣️ Jurgen Klopp mengenai Chelsea

Chelsea berada di saat yang sangat baik. Mereka membawa Lukaku yang yang sememangnya bagus. Kami juga berada di keadaan yang sama dan semoga kita dapat menunjukkannya.

.

🗣️ Klopp memgenai transfer news :

Adakah saya mengharapkan 4 hari yang sibuk untuk kami? Tidak. Tetapi siapa tahu

Kami membawa Ibrahima Konate. dia bukan seorang pemain biasa. Dia juga bernilai. Kelab-kelab lain berpendapat bahawa mereka perlu memperkuat bahagian serangan mereka dan mempunyai sumber untuk melakukannya.

.

🗣️ Klopp memgenai Tsimikas:

Saya sangat gembira dengan prestasi Kostas sejak di pra-musim baru ini. Ini merupakan peluang besar baginya. Dia harus menyesuaikan diri
Pada awal musim lepas dia cedera dan mendapat COVID ditambah pertahanan kita harus berubah setiap minggu. Dia berada di saat terbaik selepas itu

.

🗣️ Klopp mengenai Tsimikas dan Robertson:

"Kedua-duanya akan mendapat minit permainan musim ini. Saya tidak menyukainya apabila orang mengatakan pemain akan merebut peluang bermain untuk pasukan. Terpulang kepada mereka untuk memberi pendapat . Keputusan terletak di tangan saya

.

🗣️ Klopp mengenai pemain antarabangsa tidak dilepaskan ke negara zon merah:

Tidak ada peluang. Ia tidak pernah bagus untuk pengurus kelab apabila pemain kembali bermain mewakili negara masing2, tetapi kami membenarkan mereka , pemain menginginkannya dan kami ok saja dengannya. Tetapi kali ini berbeza

Kerajaan tidak memberikan pengecualian terhadap pemain jika mereka telah divaksinasi sepenuhnya dan harus menunggu 10 hari dikuarantin selepas pulang dari pasukan antarabangsa


Sumber
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
27 Aug, 15:48
Jurgen Klopp :

"Saya ketawa, sejujurnya ia merupakan kumpulan yang sukar,"

"Ini adalah UCL, ia seharusnya sukar dan anda perlu berdepan pasukan terbaik Eropah, dan jelas ada di antara mereka yang berada dalam kumpulan kami!

"Kami bermain, saya tidak tahu berapa kerap, bertemu Porto, jadi mereka akan menunggu kami. Kami jelas mempunyai perseteruan dengan Atletico, dan AC Milan, yang jelas cukup bersejarah.

"Oleh itu, saya fikir penyokong kami semestinya menantikannya sama seperti kami."
Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia Channel
25 Aug, 20:42
INFO | KEKUATAN PASUKAN

Dengan hanya jendela pintu perpindahan semakin hampir, Liverpool dalam 2 hari lepas berjaya menjual Shaqiri kepada Lyon.

Bagi saya, penjualan terbaik dengan Shaqiri jarang mendapat perhatian daripada Klopp. Jujur... Klopp membeli Shaqiri untuk situasi bola mati pada 2018.

Satu lagi tempat kosong untuk non-homegrown.

Siapakah bakal isi tempat itu?

#LFCMalaysia
#WanDijk

Related Groups