Kata majmuk merujuk kepada gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu. Kata majmuk mempunyai dua jenis, iaitu kata majmuk yang sudah mantap (dieja rapat) dan kata majmuk yang belum mantap (dieja jarak).
Namun, kata majmuk yang sudah mantap dalam bahasa Melayu mempunyai 15 jenis sahaja, iaitu:
1. Antarabangsa
2. Bumiputera
3. Jawatankuasa
4. Kakitangan
5. Kerjasama
6. Warganegara
7. Olahraga
8. Pesuruhjaya
9. Setiausaha
10. Sukarela
11. Suruhanjaya
12. Tandatangan
13. Tanggungjawab
14. Matahari
15. Beritahu
Contoh kata majmuk yang belum mantap adalah seperti berikut:
1. Gambar rajah
2. Carta pai
3. Temu bual
4. Campur aduk
5. Pindah milik
6. Tukar ganti
7. Alat tulis
8. Buah hati
9. Tangan panjang
10. Kertas kerja
Semoga bermanfaat. - Sir Faizul