🔍

Peribahasa Melayu 📚 Channel

👁 10
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Kawan & Komuniti Telegram

Semoga bermanfaat buat kita semua Channel Content : – Simpulan bahasa – Pepatah – Perumpamaan Jangan lupa share tau 😉 #sharingiscaring https://t.me/boost/PeribahasaMelayuu

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

5,239Subscribers
19Posts
0Photos
0Videos
2Links
0Files

Latest Telegram Posts

Peribahasa Melayu 📚 Channel
11 Jan, 11:55
Peribahasa :
Salah golok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik

Maksud :
Kalau kurang hati-hati dalam suatu pekerjaan, mungkin mencelakakan diri. Tetapi kalau pandai dan hati-hati, biar sulit sekalipun akan diperoleh faedahnya.
Peribahasa Melayu 📚 Channel
11 Jan, 11:49
Peribahasa :
Bukit sama didaki, luruh sama dituruni

Maksud :
Persahabatan yang sangat karib
Peribahasa Melayu 📚 Channel
11 Jan, 11:49
Peribahasa :
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

Maksud :
Seia sekata
Peribahasa Melayu 📚 Channel
01 Aug, 13:38
Peribahasa :
Membeli kerbau di padang

Maksud :
Membuat pekerjaan dalam keadaan terburu-buru tanpa usul periksa terlebih dulu
Peribahasa Melayu 📚 Channel
30 Jul, 20:54
Peribahasa :
Api nan tak kunjung padam

Maksud :
Semangat yang hidup selama-lamanya
Peribahasa Melayu 📚 Channel
30 Jul, 20:48
Peribahasa :
Bagai menyandang galas tiga

Maksud :
Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya
Peribahasa Melayu 📚 Channel
30 Jul, 20:47
Peribahasa :
Hati bak serangkak dibungkus

Maksud :
Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 12:34
Peribahasa :
Air lalu kubangan tohor

Maksud :
Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 12:28
Peribahasa :
Hilang bahasa lenyap bangsa

Maksud :
Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa, hilang darjat diri
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 12:26
Peribahasa :
Bahu memikul, hati menyokong

Maksud :
Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 12:24
Peribahasa :
Berniaga di hujung lidah

Maksud :
Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 02:32
Peribahasa :
Hendak masak langsung hangus

Maksud :
Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu
Peribahasa Melayu 📚 Channel
16 Jul, 02:31
Peribahasa :
Laksana jentayu menantikan hujan

Maksud :
Sangat rindu
Peribahasa Melayu 📚 Channel
14 Jul, 22:02
Peribahasa :
Seperti gula di dalam mulut

Maksud :
Pekerjaan yang sangat mudah;
sesuatu yang sudah dikuasai
Peribahasa Melayu 📚 Channel
14 Jul, 22:00
Peribahasa :
Ada gula, ada semut

Maksud :
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul
Peribahasa Melayu 📚 Channel
06 Jul, 07:16
Peribahasa :
Naik melompat, turun terjun

Maksud :
Hendap memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali
Peribahasa Melayu 📚 Channel
05 Jul, 00:03
Peribahasa :
Lapuk oleh kain sehelai

Maksud :
Beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja, tidau bercerai-berai dan tidak diduakan

Related Groups