🔍

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel

👁 13
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Kawan & Komuniti Telegram

Memuat nota-nota penting bagi subjek Bahasa Melayu SPM

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

4,320Subscribers
36Posts
385Photos
0Videos
130Links
162Files

Latest Telegram Posts

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
09 Aug, 23:18
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
06 Aug, 21:15
Tip lulus karangan BM

Untuk murid yang lemah & kurang kosa kata / tidak pandai mengarang, cara paling mudah supaya skor karangan adalah dengan menghafal rangka karangan pasang siap.

Persoalannya, berkesan ke?

Ya. Anak murid cikgu pun dah ramai yang lulus dan dapat A BM hanya dengan hafal rangka karangan pasang siap ☺️

Nak tak kalau cikgu kongsi rangka karangan pasang siap?

Cuba bagi ❤️ Kalau cukup 1000 ❤️, nanti cikgu kongsi.

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
06 Aug, 18:52
Tip A+ karangan BM

Tulis karangan bahagian B dulu, barulah kemudian jawab karangan bahagian A.

Kenapa? Sebab markah karangan bahagian B lebih banyak berbanding karangan bahagian A.

Mudarat meninggalkan karangan bahagian B lebih besar berbanding mudarat tak sempat siap karangan bahagian A.

Jadi, siapkan karangan bahagian B dahulu. Kemudian, barulah jawab bahagian A.

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
06 Aug, 18:50
Tip A+ karangan BM

Elakkan guna Pada pendapat saya di permulaan perenggan isi yang pertama sebab karangan begini nampak kurang matang.

Sebaliknya, gunakan penanda wacana lain yang lebih bervariasi seperti :

Jika diilihat dari dimensi yang lebih luas,....

Jika disingkap dari ruang lingkup yang lebih luas,....

Salah satu ..... dominan termasuklah...

Sebagai pembuka tirai perbincangan,...

dan mana-mana penanda wacana yang bersesuaian dengan perenggan isi pertama.

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
03 Aug, 21:54
Kata Kerja Aktif Transitif
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
03 Aug, 21:54
Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
02 Aug, 12:21
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
02 Aug, 12:03
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
02 Aug, 11:32
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
31 Jul, 06:13
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
29 Jul, 02:21
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
29 Jul, 02:21
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
29 Jul, 02:21
"Kita selalu mendengar peribahasa lama. Adakah wujud peribahasa baharu di dalam kamus?"

​"Asyik-asyik peribahasa zaman dulu macam 'pahat dengan penukul' atau 'bagai aur dengan tebing'. Adakah kita tak dibenarkan mencipta peribahasa baharu?"

​Pertama sekali, kita kena faham falsafah dasarnya iaitu peribahasa ialah warisan akal budi atau falsafah hidup yang lahir secara kolektif daripada pengalaman masyarakat sepanjang ratusan tahun.

Peribahasa terbina berasaskan budaya, alam sekitar, dan pemerhatian sosial.

Kamus merakamkan apa yang hidup dalam masyarakat, bukannya mereka-reka kiasan secara paksa.

​Walaupun tiada 'peribahasa bertema teknologi' yang dicipta secara drastik, kamus mutakhir seperti Kamus Dewan Perdana telah mendaftarkan banyak simpulan bahasa atau ungkapan kiasan moden yang lahir daripada era sains moden yang memenuhi syarat keindahan bahasa.

​Contoh kiasan/simpulan bahasa moden yang sah dan diterima dalam korpus:

​Minda tertutup/minda terbuka (kiasan pemikiran moden).

Luar kotak (daripada "think outside the box").

Budaya kuning (rujukan aspek sosial moden).

​Pasaran gelap.

​Mengenai ketakutan bahawa generasi baharu akan membina peribahasa "bahasa WeChat" yang merosakkan bahasa, kami ada saringan yang ketat.

​Peribahasa yang baharu dicipta tidak akan diangkat sebagai peribahasa rasmi selagi ia tidak memenuhi 3 syarat utama iaitu indah (nilai estetik), mempunyai pengajaran moral, dan digunakan secara meluas dalam penulisan sastera/akademik.

​Kiasan/simpulan bahasa moden yang betul-betul bermutu, indah, dan kerap diguna pakai oleh penulis sastera/wartawan berkaliber secara berterusan sahaja yang akhirnya akan dilamar masuk ke dalam kamus sebagai khazanah baharu!

​Jadi, generasi muda boleh terus kreatif, tetapi kalau nak diiktiraf sebagai peribahasa, wajib ada santun nahu, estetika, dan falsafah yang tinggi!

#kisahkerjaorangkamus #kamusdewanperdana #kdp #pekamus #peribahasabaharu

Sumber : Sanisah Hashim

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
29 Jul, 02:19
'Yang Berusaha' ini sebenarnya untuk siapa?

​Gelaran sapaan Yang Berusaha atau singkatannya YBrs. ini dikhususkan secara rasmi kepada pegawai tinggi kerajaan, pentadbir, atau pengerusi majlis yang TIADA GELARAN KEBESARAN seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Dato'.

​Syarat utamanya ialah beliau TIDAK MEMILIKI sebarang gelaran kebesaran (Datuk/Dato').

​Siapakah yang TIDAK BOLEH dipanggil 'Yang Berusaha'?

​Jika pegawai/penceramah itu ada gelaran Datuk atau Dato', gelaran sapaannya WAJIB bertukar menjadi "Yang Berbahagia" (YBhg.), bukannya Yang Berusaha lagi!

​Menteri/Ahli Parlimen/ADUN: Sapaan mereka ialah "Yang Berhormat" (YB).

​Hakim/Tokoh Kehakiman: Sapaan mereka ialah "Yang Arif".

Mufti: Sapaan mereka ialah "Sahibus Samahah".

​Apakah padanannya dalam bahasa Inggeris?

​Ini soalan paling menarik! Dalam tradisi protokol bahasa Inggeris, TIADA PADANAN yang tepat untuk "Yang Berusaha".

​Sebab apa? Kerana Yang Berusaha ialah falsafah bahasa Melayu yang menghargai "usaha dan perkhidmatan" seseorang pegawai.

​Walau bagaimanapun, kita boleh menterjemahkan teks ucapan rasmi ke dalam bahasa Inggeris menggunakan padanan ini:

Padanan rasmi protokol yang paling sesuai ialah "The Esteemed" atau "The Respectable".

​Contoh:
"Next, we welcome The Esteemed Mr. Ahmad, District Education Officer..." (Selaras dengan Yang Berusaha Encik Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah...)

​Jika merujuk kepada pegawai diplomat/ ketua agensi, perkataan "The Honourable" kadang-kadang digunakan, tetapi dalam konteks Malaysia, The Honourable disimpan khas untuk Yang Berhormat (YB).

​Jadi untuk Yang Berusaha, pilihan paling selamat dalam teks Bahasa Inggeris rasmi ialah "The Esteemed" atau sekadar menggunakan kata sapaan hormat rasmi "Mr./Mdm./Dr." berserta jawatannya.

​Kesimpulan:
​Pengetua/Pengarah (tiada gelaran Datuk): "Yang Berusaha Encik Hashim..."✅️

​Pengetua/Pengarah (ada gelaran Datuk): "Yang Berusaha Datuk Hashim..."❌️
"Yang Berbahagia Datuk Hashim..."✅️

​Bila kita faham protokol sapaan ni, barulah majlis kita nampak berprestij, santun, dan patuh pada tatasusila persuratan negara!

#kisahkerjaorangkamus #kamusdewanperdana #kdp #pekamus #yangberusaha

Sumber : Sanisah Hashim

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
27 Jul, 10:14
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
27 Jul, 10:12
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
27 Jul, 10:12
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
26 Jul, 18:50
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
26 Jul, 18:50
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

https://t.me/notabmspmkssm
Nota Bahasa Melayu SPM KSSM Channel
26 Jul, 18:49
Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka

https://t.me/notabmspmkssm

Related Groups