🔍

Unit Pengambilan PDRM Channel

👁 15
🇲🇦 Malaysia 🇲🇪 Melayu Kawan & Komuniti Telegram

Telegram Rasmi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia. Ikuti hebahan rasmi pengambilan PDRM. IG Rasmi – https://www.instagram.com/unitpengambilanpdrm FB Rasmi – facebook.com/Unitpengambilan Telegram Rasmi – https://t.me/unitpengambilanpdrm

✈️ Telegram Join

Subscriber Growth

35,309Subscribers
34Posts
161Photos
4Videos
19Links
6Files

Latest Telegram Posts

Unit Pengambilan PDRM Channel
03 Aug, 14:36
Pengumuman : Sistem E-Pengambilan PDRM Mengalami Masalah Teknikal

Sistem E-Pengambilan PDRM sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih
Unit Pengambilan PDRM Channel
18 Jun, 08:08
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 (Selasa) - Telah berlangsung Majlis Penutup Latihan Dalam Perkhidmatan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal Pengambilan Polis Diraja Malaysia bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YDH ACP Ahmad Faizal bin Tahrim serta dihadiri seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.
Pelaksanaan latihan ini bertujuan memperkasa pengetahuan, kemahiran serta kompetensi warga PDRM dalam aspek pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan fizikal bagi pengambilan, sekali gus memastikan proses pemilihan calon anggota Polis Diraja Malaysia dilaksanakan secara profesional, telus, sistematik dan berintegriti.

Latihan ini juga menjadi medium penting dalam menyeragamkan tatacara pelaksanaan pemeriksaan serta penilaian fizikal agar setiap calon yang dipilih memenuhi tahap kecergasan dan keupayaan fizikal yang ditetapkan.

Turut hadir, DSP Basir bin Alias dari Unit Pengambilan Jabatan Pengurusan Bukit Aman serta ASP Haryani binti Hamzahari, Ketua Unit Akademik PULAPOL Kuala Lumpur.
Unit Pengambilan PDRM Channel
18 Jun, 08:08
Unit Pengambilan PDRM Channel
18 Jun, 08:08
Unit Pengambilan PDRM Channel
16 Jun, 19:03
🌙 Salam Maal Hijrah 1448H | 1 Muharram 1448H

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk mempertingkatkan keimanan, memperkukuh semangat berkhidmat dan terus melakar kecemerlangan dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Hijrah Membawa Perubahan, Integriti Memperkasa Perkhidmatan."

#SalamMaalHijrah #AwalMuharram1448H #UnitPengambilanPDRM #PolisDirajaMalaysia
Unit Pengambilan PDRM Channel
30 May, 18:38
🌾 SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 🌾

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sarawak.

Semoga sambutan yang penuh dengan adat, budaya dan warisan ini membawa kegembiraan, kemakmuran serta mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Kaamatan dan Gawai diraikan, perpaduan dan keharmonian terus diperkukuhkan.”

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai

#PestaKaamatan2026 #HariGawai2026 #MalaysiaMADANI #UnitPengambilanPDRM #PDRM #PerpaduanMalaysia
Unit Pengambilan PDRM Channel
26 May, 15:45
Salam Aidiladha 1447H

Seluruh warga Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran yang dipupuk sepanjang sambutan Aidiladha ini menjadi inspirasi dalam menjalankan amanah serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

“Semoga Allah menerima semua pengorbanan kita.”

Ikhlas daripada,
Unit Pengambilan PDRM

#SalamAidiladha1447H #UnitPengambilanPDRM #PDRM #Aidiladha #Korban #MalaysiaMadani
Unit Pengambilan PDRM Channel
15 May, 15:58
🌟 SELAMAT HARI GURU 🌟

“Guru Bitara Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berintegriti demi masa depan negara.

Sesungguhnya, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pembina sahsiah dan pencetus inspirasi kepada anak bangsa.

Ikhlas daripada
Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

#SelamatHariGuru
#GuruBitaraNadiNegara
#UnitPengambilanPDRM
#PDRM
Unit Pengambilan PDRM Channel
10 May, 16:52
Kasih seorang ibu adalah anugerah terindah, penyuluh jalan yang tidak pernah padam. Hari ini, mari kita sama-sama memberikan penghargaan setinggi-tingginya buat semua insan bergelar Ibu. Terima kasih di atas cinta tanpa syarat, pengorbanan yang tidak ternilai, dan doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah anak-anak. Semoga semua ibu sentiasa diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan yang berpanjangan. Kepada semua ibu yang tabah, kuat, dan penuh cinta - Jutaan Terima Kasih. Selamat Hari Ibu.

#SelamatHariIbu
#PolisDirajaMalaysia
#PDRM
#UnitPengambilan
#PengambilanPDRM
#MalaysiaMadani
Unit Pengambilan PDRM Channel
01 Apr, 17:16
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa video tular yang memaparkan maklumat pengambilan anggota baru di media sosial adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman pengambilan melalui saluran pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan berhenti menyebarkan kandungan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan. Sebarang maklumat rasmi mengenai pengambilan jawatan dalam PDRM hanya akan diumumkan melalui:

Portal Rasmi Sistem e-Pengambilan PDRM
Facebook Rasmi: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia
Telegram Rasmi : Unit Pengambilan PDRM
Instagram Rasmi : unitpengambilanpdrm


#PolisDirajaMalaysia #PDRM #FakeNews #Penafian
Unit Pengambilan PDRM Channel
24 Mar, 20:52
Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 Tahun 2026!

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Unit Pengambilan PDRM Channel
20 Mar, 19:47
𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑭𝑰𝑻𝑹𝑰 1447𝑯

Maaf Zahir & Batin.
Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua.
Hargai yang ada, eratkan silaturahim dan terus melangkah dengan hati yang lebih baik.
Unit Pengambilan PDRM Channel
06 Mar, 10:54
Unit Pengambilan PDRM Channel
06 Mar, 10:54
https://www.facebook.com/share/1DY5mu8AG1/?mibextid=wwXIfr

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡

Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi peringatan dan pedoman buat kita semua untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan serta diberikan kekuatan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
#unitpengambilanpdrm
#inspektorpolis
#sarjanpolis
#konstabelpolis
#jommasukpolis
Unit Pengambilan PDRM Channel
18 Feb, 11:43
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan yang mulia ini memperkukuh integriti, disiplin dan keikhlasan dalam setiap amanah yang dipertanggungjawabkan, serta terus memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.
Unit Pengambilan PDRM Channel
16 Feb, 17:06
Selamat Tahun Baru Cina 2026

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan dan kejayaan berpanjangan. Bersama kita terus memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Gong Xi Fa Cai.
Xin Nian Kuai Le.
Unit Pengambilan PDRM Channel
30 Jan, 15:49
https://www.facebook.com/share/p/1FSu3fpfog/?mibextid=wwXIfr

KUNJUNGAN HORMAT & PEMANTAUAN PUSAT TEMU DUGA

Pada 30 Januari 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kunjungan Hormat YDH DCP Datuk Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) kepada YDH Dato’ Ketua Polis Pulau Pinang, yang diwakili oleh YDH DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Program dimulakan dengan sesi kunjungan hormat, diikuti dengan menandatangani buku lawatan serta penyampaian cenderahati sebagai simbol hubungan kerjasama dan hubungan profesional antara kepimpinan.

Seterusnya, YDH DCP Datuk Md Nazri bin Zawawi telah membuat pemantauan ke atas Pusat Temu Duga Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 bagi kontinjen Pulau Pinang yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Lahat, IPK Pulau Pinang.

Pemantauan ini bertujuan memastikan proses temu duga dilaksanakan secara telus, teratur dan berintegriti demi menjamin pemilihan calon yang berkualiti, berwibawa dan berintegriti bagi memperkukuhkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.
Unit Pengambilan PDRM Channel
25 Jan, 20:37
https://www.facebook.com/share/v/1D8oyv2H5y/?mibextid=wwXIfr

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 (𝐑𝐄𝐕𝐈𝐄𝐖) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐓𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐘𝟏 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

🗓️ 21 Januari 2026
📍 Zon 1 : Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ipoh Perak

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.

Terima kasih juga kepada para calon yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang urusan pemeriksaan dijalankan.
Unit Pengambilan PDRM Channel
25 Jan, 20:36
https://www.facebook.com/share/v/181AixG5Kr/?mibextid=wwXIfr

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 (𝐑𝐄𝐕𝐈𝐄𝐖) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐓𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐘𝟏 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

🗓️ 22 Januari 2026
📍 Zon 1 : Batalion 7,PGA Bukit Galing Kuantan,Pahang

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang terlibat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.

Terima kasih juga kepada para calon yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang urusan pemeriksaan dijalankan.

Related Groups