https://www.facebook.com/share/p/1FSu3fpfog/?mibextid=wwXIfrKUNJUNGAN HORMAT & PEMANTAUAN PUSAT TEMU DUGA
Pada 30 Januari 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kunjungan Hormat YDH DCP Datuk Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) kepada YDH Dato’ Ketua Polis Pulau Pinang, yang diwakili oleh YDH DCP Dato’ Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Program dimulakan dengan sesi kunjungan hormat, diikuti dengan menandatangani buku lawatan serta penyampaian cenderahati sebagai simbol hubungan kerjasama dan hubungan profesional antara kepimpinan.
Seterusnya, YDH DCP Datuk Md Nazri bin Zawawi telah membuat pemantauan ke atas Pusat Temu Duga Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 bagi kontinjen Pulau Pinang yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Lahat, IPK Pulau Pinang.
Pemantauan ini bertujuan memastikan proses temu duga dilaksanakan secara telus, teratur dan berintegriti demi menjamin pemilihan calon yang berkualiti, berwibawa dan berintegriti bagi memperkukuhkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.